Program Kempen Internet Selamat Di 21 Buah Pusat Kegiatan Guru (Pkg) Di Seluruh Negeri Sembilan

3 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Oktober 2025, telah diadakan Program Kempen Internet Selamat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Negeri Sembilan bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Lui, SK Felda Pasoh 3. Program ini berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang.

Program ini melibatkan seramai 14 orang pelajar dan 7 orang guru pengiring. Sekolah yang terlibat adalah SJKT Ladang Air Hitam, SJKC Chung Hua Air Hitam, SK Pulapah, SK Felda Serting Hilir 2, SK Ayer Hitam, SK Sungai Lui dan SMK Felda Lui Barat. Pelajar diberi penenerangan mengenai Kempen Internet Selamat dan 5 pembelajaran iaitu Pelajaran 1 Stesen Literasi Digital, Pelajaran 2 Stesen Had Umur Penggunaan Media Sosial, Pelajaran 3 Stesen Bahaya Media Sosial 1, Pelajaran 4 Stesen Bahaya Media Sosial 2 dan Pelajaran 5 Alternatif Kepada Media Sosial. Selain itu, pelajar juga diberi lembaran kerja dan permainan yang berkaitan dengan Kempen Internet Selamat bagi menguji tahap pemahaman pelajar terhadap media sosial dan dunia internet. Terdapat sesi penyampaian poster kepada Ikon guru dan Ikon murid Kempen Internet Selamat untuk setiap sekolah yang terlibat. Setelah selesai, para guru dan pelajar menikmati jamuan makan tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali